Iklan kejap..



30 April 2014

- AZAM TAHUN BARU 2014 -

Selamat tahun baru. !!!!!!!
Sedang masih  berfikir apa azam tahun baru 2014 nii...
Masih lagi berfikir azam tahun baru yg lepas dah tertunai kaaa..
So...pendek crita nak senaraikan jugak beberapa AZAM...
1. Nak blajarr jahitt..mcm2 nak jahit thn..baju, beg, dress, nak sulam...angan2 minah jenin ni..
2. Nak ada bisness sendiri....tgh google bisness apa yg sesuwei..
3. Nak masak setiap meal utk family..
4.  Kurang marah2...heppy selalu..hihi :)
Hopefully tahun baru ni akan lebih komited terhadap kerjaya tanpa mengabaikan family

14 Julai 2013

~Nur Qiesya Hawa~ turn to 1

Selamat Ulang Tahun yang Pertama Nur Qiesya Hawa....Alhamdulilah setelah lama tak balik kampung dapat celebrate besday baby  Qiesya kat kampung...thanksss to Maklang and Paklang btungkus lumus prepared untuk birthday parti.....


Heppy birthday happy birthday to two beautiful Princesses..
Nur Qiesya Hawa dan Nur Islam Amani...
Semoga menjadi anak yang solehah...
 


macam2 mak lang masak....sangaaat sedaappp la....thankss again mak lang....thn depan buat lagi...





14 Jun 2013

~injection 1 year~

Complete imunisasi utk 1 thn....walaupun dah delay 2 minggu.....
Very strong n good girl...langsung x de nangis....
Ibu dah umpan nenen dlm mulut dia dah...hihi....
Nurse x de komlain apa.....berat pun ok ja..

08 April 2013

Breastfeeding....

Syukur alhamdulilah...berjaya breastfeeding baby qiesya sehingga sekarang...walaupun pelbagai dugaan yang dilalui....sampai kengkadang rasa nak give up... berkat doa dan semangat yang  diberikan...ibu cuba usaha yang terbaik untuk qiesya....
Saban hari melayan gambar2 stok EBM ibu2 diluar sana...dengan harapan ibu takkan berputus harap...
Perasaan cemburu memang ada bila menatap stok2 EBM  dipelbagai blog yang ada..dengan doa yang x putus2 supaya bekalan susu baby Qiesya mencukupi......
Ada yang cakap ibu2 yang suka publish gambar EBM suka menunjuk2....tapi syukurlah ada gak yg publish gambar....dapat mberi inspirasi n pelbagai sumber maklumat...

Syukur alhamdulilahh...atas segala nikmatnya...

Gambar ini adalah kenangan yang amat2 bmakna...memandangkan kedua2 abg tidak berjaya ekslusif breast feeding sepenuhnya...

kasih abang

Semoga kasih abang hingga ke syurga...
Sentiasa menjaga adik walau apa jua keadaan...

01 April 2013

~SEWING~

Minat ibu skrg ni adalah menjahit.....sepanjang masa pikir apa. yang nak jahit hari ni....ibu x pernah blajaq menjahitpun...x bpeluang nak blajar secara formal...:(
Kengkadang x tahu nak jahit baju apz...perca kain pun jadi laa...buat melepas gian jahit..
lately...sejak ada baby girl ni....gian mjahit tu mjadi2...asal online internet mesti google dress baby...walau x jahit dapat baca tutorialpun jadilah...bestnya mjahit n wat craft....walaupun x skreatif mana...setelah pulun praktis...akhirnya berjaya juga menghasilkan  beberapa dress hasil penat lelah study tutorial. dan baca buku.....rasa betul2 puas hati...

02 Februari 2013

Breastfeeding....

Syukur alhamdulilah...berjaya breastfeeding baby qiesya sehingga sekarang...walaupun pelbagai dugaan yang dilalui....sampai kengkadang rasa nak give up... berkat doa dan semangat yang  diberikan...ibu cuba usaha yang terbaik untuk qiesya....
Saban hari melayan gambar2 stok EBM ibu2 diluar sana...dengan harapan ibu takkan berputus harap...
Perasaan cemburu memang ada bila menatap stok2 EBM  dipelbagai blog yang ada..dengan doa yang x putus2 supaya bekalan susu baby Qiesya mencukupi......

8 month


My lovely baby girl dah 8 bulan...blm puas lagi mcium bau baby..syukur ya Allah
Dah pandai menjulur ke depan...mcm komando....syukur ya allah...walaupun lambat skit dr abg2...
Sangat kuat makan n minum susu...pagi bekal susu 4 botol 4 oz..bubur 2 tupperwareo.. ..syukur ya Allah...
Kuat menangis.....syukur ya Allah.....
Dah laju2 jalan bila masuk dalam walker...syukur ya allah...
Sangat suka bila dapat main2 ngan abg...syukur ya Allah...
Senyuman mu menusuk qalbu ibu...sangat mdamaikan....syukur ya Allah....

21 November 2012

~ 211112 ~

 
Alhamdulillah.....8 tahun dah berlalu...
Bersyukur dengan apa yang....
Pahit manis dilalui bersama...
Gembira dengan apa yang dikurniakan....
Dua putera..seorang puteri penghibur hati....


-DOA ISTERI SOLEHAH-

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
 
Sumber : Halaqah.net


18 November 2012


Abang Hafiy dah 4 tahun...masih sangat manja.....
Setiap hari (tak pernah miss) mesti ibu kena jawab satu soalan dari dia.....and dia akan tanya berulang2 kali...sampai dia puas hatiii....

hafiy : " Ibu , adik Qiesya tu baby ibu ka "
ibu : " Ye laa, baby ibu"
Hafiy : " Adik Sya duduk dalam perut ibu kan "
Ibu : " ye la..."
hafiy : " Ibu, adik Sya tu baby ibu kee"

Soalan dia akan berulang2 sampai dia puas hatii...
Mungkin jeoulooss dia dah bertambah2...
setiap kali ibu atau mama nak tidurkan baby...masa tu la dia nak nenen la...nak makan la...mcm2 lagi karenah dia....
Ada sekali tu dia pernah gigit baby sampai merah kat lengan....nampak le kesan2 gigi2 dia tu....

Semoga kasih sayang ibu dan abah tidak berbelah bagi ..adil dan saksama utk setiap anak2... .

25 Oktober 2012

Baby Qiesya - 5 Bulan


Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

 
(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Subhanallah...anak ibu dah 5 bulan hari nii.....sekejap je masa berlalu....belum puas lagi  mencium bau baby yang sungguh harum nii....


 

Sangat suka main ngan abang2...sangat sukaaa nangiss dengan kuat....kekadang ibu biarkan jee nangis....macam best jee dengar ngan lihat baby Qiesya nangis....apa penyakit laa ibu nii kaannn
Sangat suka tengok baby Qiesya tidooo......:) semoga Allah merahmati anak ini menjadi anak solehah...
Dah pandai meniarap...tapi malas nak meniarap....bila diletak untuk tummy time pun dia akan berpusing untuk menelentang balik...
Suka sangat bilaa orang dukungg......
Suka sangat bilaa dapat mandi....
Suka sangaat bilaa dapat nenen....

26 Jun 2012

~SELAMAT DATANG PUTERIKU SAYANG ~

Syukur alhamdulilah....orang yang dinantikan selama  akhirnya  dapat ditatap....mengalir airmata ibu ngan abah pertama kali bersua muka....
Akhirnya terjawab sudah persoalan dan teka-teki  selama 9 bulan....Seorang PUTERI penyeri hidup ibu, abah dan abang-abang....
Perasaan yang Allah berikan tidak terungkap dengan kata2.....
Semoga anak ini menjadi anak solehah....
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

 

06 Mac 2012

Dah masak......



Pokok pisang yang dik pi tanam ngan siram dulu dah berbuah...dah boleh petik dan dmakan..

pokok pisang je yg mjadi...pokok lain sume kena potong bila tuan rumah dtg mesin rumput....

14 Februari 2012

Sekolah.....



Hafiy  hanya sempat sekolah 2 hari jaaaa.hari pertama dan kedua jaa....pas2 nangis2 taknak pegi sekolah.......hari ke2 dia p sek muka calar kena gores ngan kawan.....terus tak nak pegi sek sampai skrg......sian...

Balik sek nenen terus tido sampai ptg....sian betoi....bwk bekal sekolah pun tak makan.

Dsbbkan dik pi masih 3 thn....tak perlu paksa....tapi hari2 ibu  masih tanya adik nak sek ke tak.....mcm2 dia cakap sekolah cuti laa.....cikgu dia perempuan la........semuga dik pi tbuka hati nak pergi sekolah....

13 Februari 2012

20 September 2011

Adik pi yang sentiasa macho.....



Adik pi kalau d rumah mmg sentiasa bgaya....pagi  ptg siang mlm... kekadang tidopun pakai jeans.....

Lps mandi pun dah pandai nak pakai perfume..perfume ibu jd mangsa...



Location : Kampung Batu Danau, 98700 Limbang, Sarawak,
Posted via mylovers

05 September 2011

SLAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR N BATIN


Rasanya blm terlambat nak mengucap salam aidilfitri.....
Sayu dhati sbb tak dapat balik beraya...tak ingat dah ni kali keberapa raya kal Limbang..kalu waktu single dulu awal2 thn dah sibuk mencari tiket utk balik raya...
tapi bila kerettapi dah makin pjg...budget pun tak berapa nak ada...huhuhu

Mohon ampun dan maaf kepada emak, ayah, ma dan ayah di kelate, adik2 sanak sedara......

13 Ogos 2011

Mandi pool



Asal dtg ke miri mesti kena mandi  pool dulu..ibu ngan abah pun tumpang sekaki le mandi manda..tp ni kan bln posa...malas la nak mandiii....abg faiz sibuk nak pegi ke tempat org tua mandi...kononye dia suka mandi kat tempat dlm2.

Location : Jalan Brighton, 98000 Miri, Sarawak,

13 Jun 2011

Paksu....



Sian paksu...semoga paksu cepat sihat..first time paksu kena admit kat hospital..sedih bila blk umah takde sora paksu merajuk..menangis...menjerit..abg faiz pun boring...

Location : Kampung Batu Danau, 98700 Limbang, Sarawak,

12 Jun 2011

1'st Time



Sendirian dlm bas dgn abg faiz.dia bukan main xcited lagi.ibu siap terlelap kejap.abg maintain ja..dlm bas pun nak aktif gak.sorang2 dia main n jln2 dlm bas.

Siap tanya ibu bila lagi kita nak naik bas.

Siap dah ada kwn dlm bas..ibu plak kejap2 suruh dia p kencing..hihi..

Location : Kampung Batu Danau, 98700 Limbang, Sarawak,