Iklan kejap..



14 Jun 2013

~injection 1 year~

Complete imunisasi utk 1 thn....walaupun dah delay 2 minggu.....
Very strong n good girl...langsung x de nangis....
Ibu dah umpan nenen dlm mulut dia dah...hihi....
Nurse x de komlain apa.....berat pun ok ja..

08 April 2013

Breastfeeding....

Syukur alhamdulilah...berjaya breastfeeding baby qiesya sehingga sekarang...walaupun pelbagai dugaan yang dilalui....sampai kengkadang rasa nak give up... berkat doa dan semangat yang  diberikan...ibu cuba usaha yang terbaik untuk qiesya....
Saban hari melayan gambar2 stok EBM ibu2 diluar sana...dengan harapan ibu takkan berputus harap...
Perasaan cemburu memang ada bila menatap stok2 EBM  dipelbagai blog yang ada..dengan doa yang x putus2 supaya bekalan susu baby Qiesya mencukupi......
Ada yang cakap ibu2 yang suka publish gambar EBM suka menunjuk2....tapi syukurlah ada gak yg publish gambar....dapat mberi inspirasi n pelbagai sumber maklumat...

Syukur alhamdulilahh...atas segala nikmatnya...

Gambar ini adalah kenangan yang amat2 bmakna...memandangkan kedua2 abg tidak berjaya ekslusif breast feeding sepenuhnya...

kasih abang

Semoga kasih abang hingga ke syurga...
Sentiasa menjaga adik walau apa jua keadaan...

01 April 2013

~SEWING~

Minat ibu skrg ni adalah menjahit.....sepanjang masa pikir apa. yang nak jahit hari ni....ibu x pernah blajaq menjahitpun...x bpeluang nak blajar secara formal...:(
Kengkadang x tahu nak jahit baju apz...perca kain pun jadi laa...buat melepas gian jahit..
lately...sejak ada baby girl ni....gian mjahit tu mjadi2...asal online internet mesti google dress baby...walau x jahit dapat baca tutorialpun jadilah...bestnya mjahit n wat craft....walaupun x skreatif mana...setelah pulun praktis...akhirnya berjaya juga menghasilkan  beberapa dress hasil penat lelah study tutorial. dan baca buku.....rasa betul2 puas hati...

02 Februari 2013

Breastfeeding....

Syukur alhamdulilah...berjaya breastfeeding baby qiesya sehingga sekarang...walaupun pelbagai dugaan yang dilalui....sampai kengkadang rasa nak give up... berkat doa dan semangat yang  diberikan...ibu cuba usaha yang terbaik untuk qiesya....
Saban hari melayan gambar2 stok EBM ibu2 diluar sana...dengan harapan ibu takkan berputus harap...
Perasaan cemburu memang ada bila menatap stok2 EBM  dipelbagai blog yang ada..dengan doa yang x putus2 supaya bekalan susu baby Qiesya mencukupi......

8 month


My lovely baby girl dah 8 bulan...blm puas lagi mcium bau baby..syukur ya Allah
Dah pandai menjulur ke depan...mcm komando....syukur ya allah...walaupun lambat skit dr abg2...
Sangat kuat makan n minum susu...pagi bekal susu 4 botol 4 oz..bubur 2 tupperwareo.. ..syukur ya Allah...
Kuat menangis.....syukur ya Allah.....
Dah laju2 jalan bila masuk dalam walker...syukur ya allah...
Sangat suka bila dapat main2 ngan abg...syukur ya Allah...
Senyuman mu menusuk qalbu ibu...sangat mdamaikan....syukur ya Allah....

21 November 2012

~ 211112 ~

 
Alhamdulillah.....8 tahun dah berlalu...
Bersyukur dengan apa yang....
Pahit manis dilalui bersama...
Gembira dengan apa yang dikurniakan....
Dua putera..seorang puteri penghibur hati....


-DOA ISTERI SOLEHAH-

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
 
Sumber : Halaqah.net